Piala Liga City Spurs Chelsea Menang Mudah


Manchester City, Totenham dan Chelsea mara ke pusingan keempat Piala Liga selepas mudah menewaskan lawan masing-masing pada aksi pusingan ketiga, awal pagi tadi tatkala Cardiff dan Everton pula tersingkir awal.

Di Stadium Etihad, City tanpa belas kasihan membelasah pasukan Liga Kejuaraan, Wigan 5-0 menerusi jaringan Edin Dzeko minit ke-33, Stevan Jovetic (60 dan 83), Yaya Toure (76) dan Jesus Navas (86) untuk melangkah bergaya ke pusingan seterusnya.

Di Villa Park, tuan rumah Aston Villa dimalukan dengan kekalahan besar 0-4 kepada Tottenham yang membolosi gawang tuan rumah menerusi jaringan Jermain Defoe minit ke-45 dan 90 serta Paulinho (49) dan Nacer Chadli (86).

Di County Ground, dua jaringan menerusi Fernando Torres minit ke-29 dan Ramires (35) sudah cukup untuk pasukan pelawat, Chelsea mengatasi Swindon 2-0.

Namun Cardiff gagal meneruskan kemaraan selepas tewas 2-3 kepada West Ham di gelanggang lawan dengan Ricardo Vaz Te menjaringkan gol kemenangan pasukan tuan rumah itu pada minit ke-88.

Everton turut kandas apabila tewas 1-2 kepada Fulham di Craven Cottage dengan jaringan awal pelawat menerusi Steven Naismith minit ke-12 dibalas dua gol oleh Fuham menerusi Dimitar Berbatov (54) dan Darren Bent (68).

Lain-lain perlawanan, awal pagi tadi menyaksikan Burnley menewaskan Nottingham 2-1, Hull menewaskan Huddersfield 1-0, Leicester menewaskan Derby County 2-1, Southampton menewaskan Bristol 2-0, Sunderland menewaskan Peterborough 2-0 dan Watford tewas 2-3 kepada Norwich.

Lima lagi perlawanan pusingan ketiga bakal berlangsung, awal pagi esok seperti jadual di bawah ini dengan perlawanan tumpuan pastinya antara Manchester United bertemu Liverpool di Old Trafford. – mynewshub.my

AWAL PAGI ESOK:

Manchester United lwn Liverpool (2.45 pagi)
Birmingham lwn Swansea (2.45 pagi)
Newcastle lwn Leeds (2.45 pagi)
Tranmere lwn Stoke (2.45 pagi)
West Brom lwn Arsenal (3 pagi)

Gigi Kuning


Gigi kuning, warna gigi yang begitu dihindari semua orang. Mengapa? Kerana gigi dengan warna kuning dianggap sebagai gigi yang tidak bersih, penuh dengan kotoran dan plak. Sementara gigi dengan warna putih cemerlang menjadi idaman setiap orang.


Jadi tidak hairan jika semua orang berlumba-lumba berkunjung ke klinik gigi untuk memutihkan gigi. Padahal jika diteliti sebenarnya warna gigi diciptakan tidak dengan warna yang betul-betul putih, tetapi dengan warna yang agak sedikit kuning. Lalu, mengapa gigi berwarna kuning?

Berikut beberapa faktor yang mempengaruhi warna kuning gigi anda :



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


1. Semulajadi

Sesetengah orang memang secara semulajadi dikurniakan dengan gigi berwarna kuning. Hal ini bukanlah merupakan satu bentuk kelainan atau kecacatan karena tidak semua daripada kita cukup beruntung untuk memiliki gigi putih secara semulajadi.

Sebenarnya sebahagian besar daripada permukaan luar gigi (enamel) manusia berwarna putih. Namun, lapisan di bawahnya yang disebut dentin secara semulajadi berwarna kuning. Dalam beberapa keadaan, lapisan enamel yang tidak mengalami mineralisasi secara baik menyebabkannya menjadi kurang jelas. Hal ini membuat warna dentin yang kuning lebih jelas sehingga nampaklah gigi tersebut berwarna kuning, dan anda tidak dapat mengubah warna gigi ini, kecuali jika anda menggunakan kaedah pemutihan gigi.

2. Penuaan

Anda harus menerima kenyataan bahwa kuningnya gigi anda adalah sebahagian daripada fenomena penuaan.

Namun sebaiknya anda hati-hati dalam menjaga kebersihan. Selama jangka waktu tertentu agen stain (bahan yang melekat pada permukaan gigi) dapat menimbulkan warna kuning pada gigi anda. Semakin banyak agen stain yang melekat pada permukaan enamel gigi anda, maka akan menutupi warna putih enamel gigi dan akhirnya warna kuning gigi akan terlihat.

3. Kebersihan Gigi dan Mulut

Kebersihan gigi dan mulut yang teruk adalah penyebab utama gigi yang berwarna kuning. Anda dapat mengatakan gigi kuning dapat menyebabkan pelbagai macam masalah; tetapi kebersihan gigi dan mulut yang teruk selalu menyebabkan gigi berwarna kuning.

4. Kebiasaan Makan

Makanan dan minuman yang kita makan dapat menyebabkan terjadinya perubahan warna pada gigi. Makanan seperti teh, kopi, dan soda mempunyai kesan mewarnai gigi. Merokok dan mengunyah tembakau juga menyebabkan warna pada gigi oleh karena adanya deposit atau pengumpulan nikotin pada gigi.

Gigi Sihat Lebih Penting

Beruntunglah anda yang mempunyai gigi dengan warna yang lebih putih. Dan anda yang mempunyai gigi yang berwarna kuning, jangan gusar karena gigi anad sebenarnya tidak lebih buruk dari yang mempunyai gigi putih. Yang paling penting ialah anda dapat menjaga kesihatan gigi dan mulut anda. Apa gunanya gigi dengan warna putih jika gigi tidak dalam keadaan sihat.


Lagi info tentang GIGI di sini.

Suku suku Yang Mempunya Sihir Terkuat Di Dunia

Suku-suku Yang Mempunya Sihir Terkuat Di Dunia - Sebenarnya tidak ada data ilmiah yang menyatakan mereka atau suku-suku terkuat di dunia dalam hal Ilmu hitam atau sihir, tentunya semua berdasarkan perkiraan semata juga - yangterpercaya.

Sihir atau ilmu hitam atau apapun sebutannya kerapkali sulit ditangkap akal manusia tapi nyata adanya. Suku-suku mana saja yang menurut orang-orangterkuat dalam hal kemampuan yang demikian? berikut ulasan singkatnya.


Gipsy


Kata Gypsy adalah berasal dari lepasan Mesir, tetapi paling baik diterapkan untuk dipahami adalah Gypsy sebagai pengembara, ras misterius, tersebar di seluruh Eropa dan bagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarnya suku Gypsy adalah orangyang tidak mempunyai rumah permanen, atau disebut nomaden. Tetapi jika saja kita mempermalukan mereka, maka mereka pun tidak segan-segan mengeluarkan kata-kata berbau kematian kepada kita.

Sihir:
Mungkin Lamia merupakan sihir paling buruk yang digunakan orang Gypsy. Biasanya sihir ini digunakan untuk hukuman. Cara kerjanya adalah dengan mengambil sesuatu milik kita, entah kancing, pena, dll, dan mengucapkan mantra kepada benda tersebut. Lamia va lua sufletele lor, ?i le pun n locul s?u n cazul n care sufletele nu va fi din nou rencarnare (Lamia mengambil jiwanya setelah beberapa hari, dan membawanya ke siksaan tak berujung). Satu hal yang perlu diingat, jangan tertipu oleh dandanan mereka.

 
Indian
http://www.didunia.net/
Suku Indian adalah historis suku, bangsa, atau kelompok lain atau komunitas masyarakat adat di Amerika. Beberapa suku Indian diakui di tingkat negara bagian dengan menggunakan prosedur yang didefinisikan oleh berbagai negara, tanpa memperhatikan pengakuan federal. Suku-suku lain yang tidak dikenal karena mereka sudah tidak ada lagi sebagai suatu kelompok yang terorganisir atau karena mereka belum menyelesaikan proses sertifikasi yang didirikan oleh badan pemerintah yang bersangkutan.

Sihir:
Sihir terjahat masyarakat pedalaman Amerika ini adalah Na Munda. Ini berbeda dengan voodoo yang ada di Haiti. Biasanya suku Indian melakukan sihir ini dengan memanggil arwah dengan menggunakan badan mereka dengan nyanyian atau mantra dan tarian-tarian khusus. Sihir ini akan menyebabkan kematian tanpa bekas. Belakangan ini sihir ini juga digunakan untuk menyembuhkan dan peramalan.


Bulgarian Mystery

http://www.didunia.net/
Bulgarian Mystery merupakan kumpulan orang dari Bulgaria yang memiliki sihirtingkat tinggi jarak jauh. Sihir ini digunakan untuk perebutan wilayah pada zaman pembagian daerah di Eropa Timur.

Sihir:
Sihir paling mengerikan masyarakat Bulgaria adalah nyanyian. Malka Moma yangdinyanyikan dengan nada tinggi merupakan sihir yang unik dan berbeda dari suku lainnya. Tetapi, sekarang sihir ini sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah dijadikan budaya masyarakat Bulgaria dalam menyanyi, karna sihir ini termaksud sihirnyanyian yang indah. 


Kiyuku

http://www.didunia.net/
Kiyuku adalah nama dari sebuah suku di Afrika, merupakan pecahan dari Murci dan Dassanech. Kiyuku mencari tempat dengan cara berpindah-pindah dari kawasan Africa sampai ke Ethiopia.

Sihir:
Sihir yang dimiliki adalah Kiyuku Dancer atau tarian Kiyuku. Masyarakat setempat sendiri belum mengetauhi dengan jelas apa yang dimaksud dengan tarian tersebut. Ada yang bilang menurunkan hujan, Santet, bahkan ada beberapa yangmengatakan orang-orang ini dapat mengubah gurun menjadi salju.


Mayan
 http://www.didunia.net/
Mayan merupakan kumpulan orang-orang luar biasa yang berada di pedalaman hutan Mexico dan Guatemala. Merupakan suku yang paling modern pada zaman tersebut karena sudah dapat menghitung kalender bintang, dan merupakan ahli matematika.

Sihir:
Jangan berpikir bahwa Maya hanya suku yang mempunyai kemampuan berhitung saja, Toltec adalah nama, atau julukan kepada tertua Maya, atau bisa disebut orang bijak. Mereka memiliki kemampuan dapat memanggil hujan, kekuatan dalam perang, dan memunculkan matahari dengan melakukan sesembahan berupa jantung manusia yang tidak lain berasal dari suku mereka atau musuh. Suku inilahyang memerangi bangsa Indian. 


Maasai
 http://www.didunia.net/
Maasai merupakan suku yang berasal dari Kenya. Arrogant, Fearless, dan Free, merupakan julukan yang cocok bagi mereka. Selama 100 tahun, Maasai tidak mengambil atau terpaku kepada aturan, damai dalam berperang, uang untuk hidup, dan sebagaimnya.

Sihir:
Maasai tidak berdasarkan kepada sihir dan guna-guna. Mereka cenderung berdoa dan memiliki dewa yang bernama Enkai. Tidak heran kenapa suku Maasai dinamakan "Warriors". Konon dengan bantuan dari Enkai, mereka dapat berlari secepat singa dan juga menjadi kebal.
 
 
 
sumber

Perbuatan Pelik! Jilat Bebola Mata

Pelik! Jilat Bebola Mata

Charlotte Amalie – Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar ‘oculolinctus atau worming’, mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.
“Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya,” katanya kepada he Huffington Post. “Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki.” Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.
“Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak,” katanya.
Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.
Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai ‘conjunctivitis’ berlaku.
Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan ‘worming’. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. – Daily Mail

Buaya berwarna oren

SEEKOR buaya berwarna oren berjemur di Venice, Florida pada Rabu lalu.
MIAMI, Amerika Syarikat - Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.

Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut. - Agensi

LIHAT VIDEO

Pelajar Menjerit Setelah Diraba Oleh 10 Orang Mat Rempit

Pelajar Menjerit Setelah Diraba Oleh 10 Orang Mat Rempit
Pelajar Menjerit Setelah Diraba Oleh 10 Orang Mat Rempit - Seorang penuntut sebuah kolej swasta dicabul sekumpulan 10 lelaki bermotosikal selepas wang tunai dan telefon bimbit miliknya dianggarkan bernilai RM3,000 dilarikan ketika sedang menunggu teksi di Kota Damansara, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, wanita berusia 21 tahun itu yang sedang menunggu teksi berhampiran stesen minyak terkejut selepas lima motosikal ditunggang 10 lelaki tidak dikenali mengepungnya.

Menurut sumber, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal dan dihalang mereka malah tiga daripada lelaki terbabit turut menghampirinya dengan bersenjatakan parang meminta dia menyerahkan barangan berharga.
Katanya, mangsa yang bimbang dicederakan akur dan menyerahkan beg tangan berisi wang tunai serta telefon bimbit. Malah dia juga merayu supaya tidak dicederakan.
“Sangkaan mangsa sebaik mereka mendapat barangan berharga itu, lelaki terbabit akan beredar namun sebaliknya berlaku apabila mereka meraba badannya menyebabkan mangsa menjerit meminta pertolongan.
“Panik dengan jeritan mangsa, kumpulan lelaki terbabit terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang berada dalam keadaan trauma. Orang ramai yang menyedari kejadian itu datang membantu dan menenangkan mangsa,” katanya.
Dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Damansara untuk tindakan selanjutnya. – Informasi Dot My

Zalimnya ! Marah pada Suami Wanita Ini Bakar Anaknya

14 Nov 2013 
 
 foto: Daily Mail
Beijing, - Keterlaluan! Seorang ibu di China  membakarnya anaknya demi melampiaskan kemarahannya pada sang suami. Wanita itu marah pada suaminya yang dianggap tidak memperlakukan dirinya dengan baik.

Peristiwa ini terjadi di kota Jinhua di provinsi Zhejiang, bahagian timur China seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (13/11/2013).

Menurut otoriti setempat, wanita itu memaksa puteranya untuk meminum minyak dan kemudian membakar tubuhnya. Akibat perbuatan keji ibunya,kanak-kanak  berumur 4 tahun itu ketika ini dalam keadaan kritikal   di rumah sakit.

Menurut jiran tetangga, wanita bernama Shen Dan (40) dan suaminya, Zhang Qiusheng (48) itu sering bertengkar soal wang. Pertengkaran hebat kembali terjadi awal bulan ini. Usai bertengkar dengan suaminya, Shen pun pergi ke luar kediaman mereka, namun kemudian kembali dengan membawa sebotol minyak tanah.

Shen pun memaksa anak laki-lakinya, Duoduo untuk meminum minyak tersebut. Minyak itu sempat tertelan sedikit sebelum Zhang datang untuk melindungi puteranya. Namun kemudian Shen menyeret anaknya menuju kompor gas yang sedang menyala. Wanita itu kemudian menumpahkan minyak tanah ke tubuh mereka bertiga.

Meski ikut terbakar, Zhang bergegas membawa anaknya ke ruang tamu dan membungkus tubuhnya dengan selimut untuk memadamkan api. Ketika ini, kanak-kanak malang itu sedang berjuang melawan maut akibat luka-luka bakar parah yang dideritanya.

Menurut para doktor, kanak-kanak itu mengalami cedera terbakar 35 persen, khususnya di bahagian kepala. Bahkan paru-parunya juga rosak parah akibat api dan minyak yang sempat tertelan. Meskipun nyawanya selamat, kanak-kanak itu kemungkinan tak akan dapat bercakap dan mengalami kebutaan.

Shen dan Zhang juga dirawat di rumah sakit dengan luka terbakar 15 persen di tubuh mereka. Shen akan ditahan polis  setelah dia dinyatakan boleh meninggalkan rumah sakit.

Atas kejadian ini, Zhang pun memutuskan untuk menceraikan isterinya itu. "Saya harap saya tak akan pernah melihat dia lagi. Saya pasti akan menuntut cerai apabila saya keluar dari rumah sakit," tambahnya. 
sumber: detikNews