Buaya Filipina Terbesar Di Dunia



Seekor buaya air masin yang sangat besar dengan berat lingkungan 1, 075 kg dan sepanjang 21 kaki telah ditangkap di Filipina.
Dijangkakan buaya Filipina ini akan dicatat sebagai buaya paling besar di dalam rekod Guiness Book of Records.  Rekod kini dipegang oleh buaya di Australia dengan kepanjangan 18 kaki.
Buaya air masin boleh mencapai sehingga umur 100 tahun dan panjang sehingga 23 kaki.
Buaya Filipina ini di dalam perancangannya akan diletakkan di dalam kawasan taman pelancongan dan dijangka menjadi tarikan terbaru di sana.




Ct:buaya air masin bukan air darat



sumber

Buaya berwarna oren

SEEKOR buaya berwarna oren berjemur di Venice, Florida pada Rabu lalu.
MIAMI, Amerika Syarikat - Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.

Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut. - Agensi

LIHAT VIDEO