Perbuatan Pelik! Jilat Bebola Mata

Pelik! Jilat Bebola Mata

Charlotte Amalie – Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar ‘oculolinctus atau worming’, mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.
“Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya,” katanya kepada he Huffington Post. “Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki.” Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.
“Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak,” katanya.
Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.
Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai ‘conjunctivitis’ berlaku.
Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan ‘worming’. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. – Daily Mail

Buaya berwarna oren

SEEKOR buaya berwarna oren berjemur di Venice, Florida pada Rabu lalu.
MIAMI, Amerika Syarikat - Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.

Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut. - Agensi

LIHAT VIDEO

Pelajar Menjerit Setelah Diraba Oleh 10 Orang Mat Rempit

Pelajar Menjerit Setelah Diraba Oleh 10 Orang Mat Rempit
Pelajar Menjerit Setelah Diraba Oleh 10 Orang Mat Rempit - Seorang penuntut sebuah kolej swasta dicabul sekumpulan 10 lelaki bermotosikal selepas wang tunai dan telefon bimbit miliknya dianggarkan bernilai RM3,000 dilarikan ketika sedang menunggu teksi di Kota Damansara, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, wanita berusia 21 tahun itu yang sedang menunggu teksi berhampiran stesen minyak terkejut selepas lima motosikal ditunggang 10 lelaki tidak dikenali mengepungnya.

Menurut sumber, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal dan dihalang mereka malah tiga daripada lelaki terbabit turut menghampirinya dengan bersenjatakan parang meminta dia menyerahkan barangan berharga.
Katanya, mangsa yang bimbang dicederakan akur dan menyerahkan beg tangan berisi wang tunai serta telefon bimbit. Malah dia juga merayu supaya tidak dicederakan.
“Sangkaan mangsa sebaik mereka mendapat barangan berharga itu, lelaki terbabit akan beredar namun sebaliknya berlaku apabila mereka meraba badannya menyebabkan mangsa menjerit meminta pertolongan.
“Panik dengan jeritan mangsa, kumpulan lelaki terbabit terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang berada dalam keadaan trauma. Orang ramai yang menyedari kejadian itu datang membantu dan menenangkan mangsa,” katanya.
Dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Damansara untuk tindakan selanjutnya. – Informasi Dot My

Zalimnya ! Marah pada Suami Wanita Ini Bakar Anaknya

14 Nov 2013 
 
 foto: Daily Mail
Beijing, - Keterlaluan! Seorang ibu di China  membakarnya anaknya demi melampiaskan kemarahannya pada sang suami. Wanita itu marah pada suaminya yang dianggap tidak memperlakukan dirinya dengan baik.

Peristiwa ini terjadi di kota Jinhua di provinsi Zhejiang, bahagian timur China seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (13/11/2013).

Menurut otoriti setempat, wanita itu memaksa puteranya untuk meminum minyak dan kemudian membakar tubuhnya. Akibat perbuatan keji ibunya,kanak-kanak  berumur 4 tahun itu ketika ini dalam keadaan kritikal   di rumah sakit.

Menurut jiran tetangga, wanita bernama Shen Dan (40) dan suaminya, Zhang Qiusheng (48) itu sering bertengkar soal wang. Pertengkaran hebat kembali terjadi awal bulan ini. Usai bertengkar dengan suaminya, Shen pun pergi ke luar kediaman mereka, namun kemudian kembali dengan membawa sebotol minyak tanah.

Shen pun memaksa anak laki-lakinya, Duoduo untuk meminum minyak tersebut. Minyak itu sempat tertelan sedikit sebelum Zhang datang untuk melindungi puteranya. Namun kemudian Shen menyeret anaknya menuju kompor gas yang sedang menyala. Wanita itu kemudian menumpahkan minyak tanah ke tubuh mereka bertiga.

Meski ikut terbakar, Zhang bergegas membawa anaknya ke ruang tamu dan membungkus tubuhnya dengan selimut untuk memadamkan api. Ketika ini, kanak-kanak malang itu sedang berjuang melawan maut akibat luka-luka bakar parah yang dideritanya.

Menurut para doktor, kanak-kanak itu mengalami cedera terbakar 35 persen, khususnya di bahagian kepala. Bahkan paru-parunya juga rosak parah akibat api dan minyak yang sempat tertelan. Meskipun nyawanya selamat, kanak-kanak itu kemungkinan tak akan dapat bercakap dan mengalami kebutaan.

Shen dan Zhang juga dirawat di rumah sakit dengan luka terbakar 15 persen di tubuh mereka. Shen akan ditahan polis  setelah dia dinyatakan boleh meninggalkan rumah sakit.

Atas kejadian ini, Zhang pun memutuskan untuk menceraikan isterinya itu. "Saya harap saya tak akan pernah melihat dia lagi. Saya pasti akan menuntut cerai apabila saya keluar dari rumah sakit," tambahnya. 
sumber: detikNews