61 Mati Dipijak Di Abidjan


61 Mati Dipijak Di Abidjan
61 Mati Dipijak Di Abidjan - ABIDJAN : Kira-kira 61 orang mati akibat dipijak di luar sebuah stadium di sini selepas pertunjukan bunga api sempena kedatangan tahun baru, kata pemerintah semalam.
Seorang pegawai kecemasan berkata, kejadian itu berlaku dekat Stadium Felix Houphouet Boigny apabila sejumlah orang berhimpun untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
Salah seorang yang cedera itu memberitahu agensi berita Reuters, pasukan keselamatan tiba untuk cuba memisahkan kumpulan orang ramai.
Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan panik sehingga mengakibatkan orang ramai mula berasak-asak sekali gus menyebabkan berlaku kejadian rempuhan.
Presiden Ivory Coast, Alassane Ouattara melawat mangsa yang cedera di hospital.
Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi negara dan menyatakan siasatan dilakukan untuk menentukan punca kejadian.
Seorang koresponden Reuters memberitahu, tompokan darah dan sejumlah kasut kelihatan di luar stadium berkenaan.
“Dua anak saya datang ke sini. Saya memberitahu supaya jangan datang tetapi mereka tidak mahu mendengar.
“Mereka datang ketika saya sedang tidur,” kata seorang pekerja pembersihan, Assetou Toure.
Bagaimanapun, dia tidak mengetahui sama ada anaknya itu selamat daripada kecederaan.
Kejadian itu merupakan yang terburuk di Abidjan sejak tahun 2010.
Pada tahun itu, kejadian yang sama berlaku di sebuah stadium semasa perlawanan bola sepak diadakan menyebabkan 18 orang mati. – Agensi

Tragedi tahun baru 60 mati terpijak

sinarharian
2 Januari 2013
60 mati terpijak
Pakaian orang ramai yang menyaksikan pertunjukan bunga api kelihatan di lokasi rempuhan di Abidjan, Ivory Coast, semalam. - Foto EPA

ABIDJAN - Presiden Ivory Coast, Alassane Ouattara mengisytiharkan negara itu akan berkabung selama tiga ekoran kematian 60 orang akibat rempuhan, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak ketika sambutan tahun baru kelmarin.
"Presiden Republik (Ivory Coast) ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan saudara-mara mangsa," kata Pejabat Presiden dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi.

Ouattara  juga mahu siasatan segera dijalankan untuk mengenal pasti punca tragedi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 1 pagi waktu tempatan selepas pertunjukkan bunga api di Abidjan, bandar raya terbesar dan bekas ibu negara Ivory Coast.

Dalam tragedi itu, 26 kanak-kanak, 28 wanita dan enam lelaki maut.

Seramai 49 lagi cedera termasuk dua parah.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Hamed Bakayoko, rempuhan berlaku ketika mereka yang menyaksikan pertunjukkan bunga api mula meninggalkan lokasi sambutan.