Seorang datuk meninggal dalam perjalanan menuju ke kubur isterinya

  detikNews
New York - Sorang pesara Ketua Pejabat Pos,Norman Hendrickson (94 thn) dari kota Albany, New York, AS, meninggal secara mendadak dalam perjalanan menuju kubur mendiang isterinya, Gwen. Oleh anak-anaknya, Norman kemudian dikuburkan di samping ibu mereka yang sudah meninggal awal bulan ini kerana penyakit Parkinson.

Seperti dikutip detikcom dari Reuters, Selasa (26/2/2013), staf rumah duka meletakkan peti Norman dan menempatkannya di samping jenazah isterinya. Sementara puteri mereka, Merrilyne membuat pengumuman berbentuk hati kepada para pelayat.

"Surprise, disinilah orangtua kami bersemayam; Norman dan Gwen Hendrickson, 16 Februari 2013"

Sang anak, Norma Hendrickson mengatakan, orangtuanya yang telah 66 tahun bersama, dikuburkan berdampingan dalam liang yang sama pada hari Rabu, (16/2) bersama abu putera bungsu mereka yang meninggal pada tahun 2008, dan lukisan cat air karya adiknya Merrilyne, yang telah dibuat khusus untuk orangtua mereka.

Pengarah Pemakaman Elizabeth Nichols-Ross yang merupakan teman keluarga tersebut mengatakan, "Pasangan ini merupakan pasangan yang suka tertawa dan sangat bahagia di hari tua mereka, terutama Norman yang sangat menyukai gurauan,".

Sambil bergurau, di mengatakan kepada anak-anak Norman bahawa ayah mereka yang terkenal hemat itu, akan senang kerana akan mengemat biaya untuk pemakaman, sehingga tidak ada biaya tambahan untuk pemakaman kedua.

Seorang pelayat bahkan memaklumi kejadian tersebut, kerana keluarga dan teman-teman mereka tahu bahawa Norman dan Gwen seperti ditakdirkan untuk terus bersama hingga akhir hayat.

"Oh, itu tidak mengejutkan saya, dia hanya ingin bersama Gwen," ujarnya terharu.

Azmil Mustapha tolak bidang politik kembali dalam industri seni


Azmil Mustapha dan keluarga

KUALA LUMPUR- Nama Azmil Mustapha atau Ustaz Azmil mungkin ramai yang kurang mengenalinya berbanding Ali Setan yang sehingga kini masih segar di kebanyakan fikiran ramai. 

Bergandingan bersama Fauziah Ahmad Daud sebagai Asmidar, filem Ali Setan itu berjaya melonjakkan nama Azmil sebagai pelakon filem terkenal tanah air.

Menerusi lakonannya itu juga, Azmil berjaya meraih gelaran Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia (FFM) pada tahun 1996 dan namanya juga pernah tercalon dalam kategori sama dalam filem Mekanik pada tahun 1983.

Seiring kegemilangannya, Azmil turut membintangi 20 filem antaranya, Iman Alone (1998) dan 50/50 (1991).

Langit tak sentiasa cerah, karier seninya mula merosot sementelah berdepan dengan kegawatan ekonomi pada 1997. Di saat itu, Azmil mengakui kurang mendapat tawaran lakonan dan turut berdepan dengan kesempitan hidup.

Dalam kegelapan, Azmil bersyukur kerana akhirnya Ali Setan ini mendapat hidayah ALLAH SWT dan perubahannya mengejutkan ramai peminatnya. 

"Saya berubah setelah mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan sudah sampai masa untuk saya hidup di jalan benar," katanya.

Jika ada segelintir artis yang menyertai politik selepas berhijrah, namun berbeza dengan Azmil.

"Saya tidak berminat untuk terlibat dengan mana-mana politik.

"Saya lebih suka berceramah dengan bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak," katanya yang banyak terlibat dengan program keagamaan sebelum berhijrah ke Syria untuk memulakan kehidupan baru.(sh)